Kampung Rohingya hampir 20 tahun di Negeri Sembilan diserbu

Hasil operasi ini seramai 29 daripada yang diperiksa ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Hasil operasi ini seramai 29 daripada yang diperiksa ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
A
A
A

SEREMBAN - Sebuah taman perumahan di Sikamat di sini dipercayai menjadi perkampungan etnik berkenaan sejak hampir 20 tahun diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Khalid Othman berkata, serbuan yang melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Negeri Sembilan (JIMNS) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu membabitkan 64 keanggotaan bermula kira-kira jam 10.30 malam.

Menurutnya, operasi tersebut lebih kepada pemeriksaan dokumen melibatkan 340 individu yang terdiri daripada Rohingya seramai 335, tiga warga Indonesia dan dua Bangladesh.

Operasi tersebut lebih kepada pemeriksaan dokumen melibatkan 340 individu yang terdiri daripada Rohingya seramai 335, tiga warga Indonesia dan dua Bangladesh.
Operasi tersebut lebih kepada pemeriksaan dokumen melibatkan 340 individu yang terdiri daripada Rohingya seramai 335, tiga warga Indonesia dan dua Bangladesh.

"Boleh saya katakan operasi pada dasarnya untuk membantu objektif dan matlamat pihak JIM untuk mencari dan meluaskan pemeriksaan dan kawalan terhadap warga asing yang berada di negeri ini.

"Operasi ini dilakukan sebab memang terdapat aduan daripada orang awam sebelum kami melakukan operasi besar-besaran," katanya.

Ujarnya, hasil operasi ini seramai 29 daripada yang diperiksa berusia empat hingga 64 tahun ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Daripada jumlah tersebut 24 orang warga Myanmar terdiri daripada 15 lelaki, enam wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(C) kerana tiada dokumen,

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, tiga orang warga Indonesia iaitu seorang lelaki dan dua wanita serta dua lelaki Bangladesh turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(C) kerana tinggal lebih masa," katanya.

Penempatan etnik Rohingya di sebuah taman perumahan di Sikamat di sini yang didakwa hampir 20 tahun menjadi perkampungan etnik berkenaan diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu pada Khamis.
Penempatan etnik Rohingya di sebuah taman perumahan di Sikamat di sini yang didakwa hampir 20 tahun menjadi perkampungan etnik berkenaan diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu pada Khamis.

Katanya, kesemua individu ini dibawa ke Pejabat Unit Tindakan Imigresen, Senawang untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng.

"Tiga kompaun turut telah dikeluarkan oleh pihak MBS kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Kerajaan Tempatan kerana menjalankan perniagaan dalam rumah serta sitaan barangan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Tred," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan operasi itu juga bagi mengesan sekiranya terdapat pendatang tanpa izin yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Bidor di Perak baru-baru ini.

"Ya, jika diikutkan oleh pihak JIM mungkin ada sedikit yang melarikan diri ke sini, bagaimanapun hasil pemeriksaan tiada yang terkesan," katanya.