Electronic Arts buang pekerja

Ibu pejabat EA yang berpangkalan di Redwood City, California. Foto Agensi
Ibu pejabat EA yang berpangkalan di Redwood City, California. Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Syarikat permainan video terkemuka, Electronic Arts (EA) mengumumkan mereka akan mengurangkan lima peratus pekerja ketika industri itu bergelut dengan kenaikan kadar faedah global, lapor Reuters.

Syarikat itu menjangkakan menanggung kira-kira AS$124 juta (RM595 juta) hingga AS$165 juta (RM785 juta) sebagai sebahagian daripada rancangan penstrukturan semula dan pengurangan dalam hartanah.

"Walaupun tidak semua pasukan terjejas, ini adalah perkara paling sukar dalam perubahan ini dan kami telah mempertimbangkan setiap pilihan untuk mencuba dan mengehadkan kesan kepada pasukan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) EA, Andrew Wilson dalam surat kepada pekerja.

Tindakan yang berkaitan dengan rancangan itu dijangka selesai menjelang 31 Disember tahun ini.

Sehingga 31 Mac, EA mempunyai 13,400 pekerja dengan 65 peratus di luar negara.

Baru-baru ini, Sony, Microsoft dan Riot Games milik Tencent juga telah memberhentikan ribuan pekerja dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan pemulihan perlahan dalam pasaran permainan di tengah-tengah kadar pinjaman yang tinggi. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: