AS cetus ketegangan, kerah kapal perang kedua ke Asia Barat

USS Gerald R Ford pernah terlibat dalam operasi di Venezuela pada bulan lalu. - Agensi
USS Gerald R Ford pernah terlibat dalam operasi di Venezuela pada bulan lalu. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON – Pentagon mengerahkan kapal pengangkut pesawat kedua, USS Gerald R. Ford dari Caribbean ke Asia Barat ketika usaha rundingan sedang giat dijalankan bersama Iran.

Perkembangan yang dikhuatiri meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara itu didedahkan oleh sumber rapat Rumah Putih.

"Ia dijangka berlayar selama kira-kira seminggu sebelum tiba di perairan rantau tersebut," ujarnya pada Jumaat.

Ford akan menyertai armada Amerika Syarikat (AS) sedia ada yang diketuai USS Abraham Lincoln serta beberapa kapal perang lain yang siap siaga di Laut Arab sejak bulan lalu.

Ford yang dilengkapi reaktor nuklear mampu membawa lebih 75 pesawat termasuk jet pejuang seperti F/A-18 Super Hornet dan E-2 Hawkeye yang boleh bertindak sebagai sistem amaran awal.

Kapal terbesar itu juga mempunyai radar canggih yang berupaya mengawal trafik udara dan navigasi.

Washington juga mempertimbangkan rancangan untuk mengerahkan sebuah lagi kapal, USS George H. W. Bush, ke rantau berkenaan.

Pada awal minggu lalu, Presiden Donald Trump memberi bayangan tentang pelan kontroversi tersebut jika perjanjian gagal dicapai bersama Tehran.

Pemimpin Republikan itu yakin kesepakatan tersebut dapat dimeterai seawal bulan depan selepas Iran mengesahkan proses rundingan menunjukkan perkembangan positif. – Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pentagon mengerahkan kapal pengangkut pesawat kedua, USS Gerald R Ford ke Asia Barat
  • Perkembangan ini meningkatkan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran
  • Kapal ini akan berlayar selama kira-kira seminggu sebelum tiba di perairan Asia Barat
  • Ford akan menyertai armada Amerika Syarikat yang sudah ada di Laut Arab
  • Washington mempertimbangkan untuk mengerahkan kapal USS George H W Bush ke rantau tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!