Lima rumah terbakar ketika penghuni nyenyak tidur

Kebakaran memusnahkan empat unit rumah dengan anggaran 90 peratus dan sebuah rumah lagi sebanyak 30 peratus.
Kebakaran memusnahkan empat unit rumah dengan anggaran 90 peratus dan sebuah rumah lagi sebanyak 30 peratus.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penduduk dilaporkan mengalami sesak nafas disebabkan terhidu asap dalam kebakaran membabitkan lima unit rumah di Taman Sri Impian awal pagi Rabu.

Seorang saksi enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika penduduk sedang nyenyak tidur kira-kira jam 2.49 pagi.

"Ada yang sedar berlaku kebakaran lalu mengejutkan jiran yang lain, sebuah rumah tu agak kelam-kabut, tak dapat cari kunci pagar, namun berjaya panjat pagar untuk menyelamatkan diri," katanya.

Antara rumah yang terbakar di Taman Sri Impian, Sungai Petani.
Antara rumah yang terbakar di Taman Sri Impian, Sungai Petani.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zin berkata, lelaki yang sesak nafas berusia 30-an itu bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, dalam kejadian itu, empat buah rumah dianggarkan musnah 90 peratus manakala sebuah lagi terbakar sehingga 30 peratus.

"Kebakaran turut memusnahkan tiga buah motosikal milik penghuni.

"Kerja-kerja overhaul sedang dijalankan dan operasi tamat pada jam 6.53 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan: