'Melayu Day' satukan rumpun Melayu di Asia Tenggara

Ahmad Fahmi (kanan) Thawee (tengah) semasa perasmian 'Melayu Day' yang disambut setiap tahun sekali gus menjadi penyatuan kepada rumpun Melayu di Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Thailand.

A
A
A

YALA, THAILAND - Hari Melayu atau 'Melayu Day' yang disambut setiap tahun di negara ini menjadi penyatuan kepada rumpun Melayu di Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Menariknya, walaupun berbeza cara hidup dan budaya, namun mereka disatukan oleh Islam dan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa komunikasi utama bagi ketiga-tiga rumpun ini.

Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, tahun ini merupakan sambutan kali ke sembilan selepas ia diperkenalkan pada 2014 oleh Datuk Bandar Yala.

Penyertaan dari Malaysia sempena Melayu Day di Yala, Thailand.
Penyertaan dari Malaysia sempena Melayu Day di Yala, Thailand.

"Sebagaimana kita maklum Selatan Thailand pernah berlaku ketegangan satu masa dahulu disebabkan oleh ketidakfahaman antara budaya.

"Jadi acara sebegini menjadi salah satu usaha daripada kerajaan Thailand bagi mewujudkan kefahaman antara masyarakat majmuk di sini," katanya semasa sidang akhbar semasa program Melayu Day di sini.

Orang ramai memenuhi sepanjang jalan di Bandar Yala bagi melihat perarakan sempena Melayu Day.
Orang ramai memenuhi sepanjang jalan di Bandar Yala bagi melihat perarakan sempena Melayu Day.

Hadir sama ialah, Menteri Keadilan merangkap bekas Ketua Setiausaha Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan, Thawee Sodsong dan Datuk Bandar Yala, Pongsak Yingchoncharoen.

Artikel Berkaitan:

Menurut Ahmad Fahmi dengan adanya sambutan ini mereka meraikan budaya, bahasa Melayu untuk diuar-uarkan kepada masyarakat bahawa orang Melayu di sini mempunyai satu budaya dan satu warisan turun temurun sama dengan Malaysia serta Indonesia.

Perarakan gajah antara persembahan utama semasa sambutan Melayu Day di Yala, Thailand.
Perarakan gajah antara persembahan utama semasa sambutan Melayu Day di Yala, Thailand.

Ujarnya, warisan dan budaya ini harus dihormati disebabkan itu kerajaan Thailand mewujudkan kembali perpaduan serta kesefahaman penduduk di kawasan Selatan Thailand.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28