PATI bayar RM1,500 gagal menyusup masuk Malaysia

Polis Marin menahan 44 migran warga Indonesia selain tekong dan pembantunya di perairan Selangor pada Jumaat.
Polis Marin menahan 44 migran warga Indonesia selain tekong dan pembantunya di perairan Selangor pada Jumaat.
A
A
A

KLANG - Cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk melalui jalan laut selepas membayar RM1,500 kepada sindiket hanya menjerat diri selepas ditahan di jarak 2.0 batu nautika dari pantai Sungai Serdang dekat sini pada Jumaat.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komissioner Rusley Chi Ari berkata, tangkapan itu dibuat kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota PPM Pelabuhan Klang menerusi Op Taring Gelora.

Menurutnya, seramai 44 PATI warga Indonesia berjaya ditahan terdiri daripada 36 lelaki termasuk tiga kanak-kanak dan lapan wanita.

"Anggota PPM turut menahan tiga suspek warga Indonesia berusia lingkungan 28 hingga 48 tahun yang berperanan sebagai tekong dan pembantu tekong.

Sebuah bot pom pom yang dirampas Polis Marin dalam operasi di perairan Selangor pada Jumaat.
Sebuah bot pom pom yang dirampas Polis Marin dalam operasi di perairan Selangor pada Jumaat.



"Sebuah bot pom pom, satu unit Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan telefon bimbit (1) telah dirampas untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, soal siasat terhadap PATI mendakwa bayaran dikenakan untuk masuk ke Malaysia adalah 4 hingga 5 juta Rupiah (RM1,200 hingga RM1,500) yang dibayar kepada ejen sindiket di Indonesia.

Tambah Rusley, siasatan juga mendedahkan tekong terbabit aktif menguruskan migran keluar dan masuk Malaysia sejak tiga bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!