Enam PATI cuba menyusup masuk dari Sungai Golok ditahan

Enam PATI warga Myanmar yang ditahan tengah malam Jumaat selepas cuba menyusup masuk ke negara ini melalui Sungai Golok.
Enam PATI warga Myanmar yang ditahan tengah malam Jumaat selepas cuba menyusup masuk ke negara ini melalui Sungai Golok.
A
A
A

TANAH MERAH - Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba menyusup masuk ke negara ini melalui Sungai Golok.

Melalui kenyataan pada Jumaat, Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia memberitahu, kesemua mereka termasuk tiga wanita ditahan di kawasan jagaan Briged Kelapan Infantri Malaysia kira-kira jam 12.05 tengah malam Jumaat.

Kenyataan itu turut menyebut, PATI berusia antara 27 hingga 38 tahun itu menyeberangi Sungai Golok menggunakan perahu ke sempadan Malaysia-Thailand.

"Pasukan kawalan turut merampas enam telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia dan Myanmar.

"Turut dirampas seutas jam tangan dan barangan kemas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM6,230.77," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua PATI didapati memasuki Malaysia dengan bantuan tekong bertujuan mencari peluang pekerjaan.

PATI kemudian diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara," kata kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!