Pusat urut, restoran di kawasan peranginan Bentong diserbu

Antara warga asing yang ditahan imigresen dalam serbuan ke atas sebuah pusat urut dan restoran di sebuah kawasan peranginan di Bentong pada Khamis.
Antara warga asing yang ditahan imigresen dalam serbuan ke atas sebuah pusat urut dan restoran di sebuah kawasan peranginan di Bentong pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 23 warga asing dalam serbuan ke atas sebuah pusat urut dan restoran di sebuah kawasan peranginan di Bentong pada Khamis.

Pengarahnya, Muhammad Hatta Kasim berkata, serbuan Ops Gegar dan Ops Selera yang dilakukan antara jam 3.30 hingga 5.50 petang itu menyasarkan premis perniagaan di kawasan ‘hotspot’ warganegara asing.

Menurutnya, hasil maklumat awam dan risikan, pasukan operasi melakukan serbuan dan melakukan pemeriksaan ke atas 32 individu termasuk pelanggan di kedua-dua premis.

"Hasil pemeriksaan 23 warga asing terdiri 14 wanita Myanmar, sembilan lelaki Myanmar dan seorang lelaki warga China ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki dokumen atau pas yang sah untuk tinggal di negara ini

Warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut.
Warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut.

"Kesemua tahanan berusia 19 hingga 43 tahun direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Tahanan Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut," katanya.

Muhammad Hatta berkata, majikan terlibat telah diberikan notis untuk hadir bagi membantu siasatan.

"JIM Pahang menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI) di lokaliti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras isu kebanjiran golongan itu di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!