Lelaki AS rugi RM664,278 terpedaya pelaburan tidak wujud

Seorang lelaki warga AS rugi ratusan ribu ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang dipromosikan menerusi aplikasi dalam talian.
Seorang lelaki warga AS rugi ratusan ribu ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang dipromosikan menerusi aplikasi dalam talian.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) kerugian RM664,278 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang dipromosikan menerusi aplikasi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 10.40 pagi Jumaat, daripada mangsa berusia 74 tahun yang bekerja sebagai perunding dan pensyarah sambilan di sebuah universiti tempatan.

"Mangsa mendakwa telah menyertai skim pelaburan tersebut pada 26 November tahun lalu selepas berurusan dengan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp bagi berbincang berkenaan pelaburan tersebut.

“Suspek kemudiannya membimbing mangsa memuat turun satu aplikasi, sebelum membuat transaksi ke dalam 11 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM664,278,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Lazim berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan wang keuntungan seperti yang dijanjikan pada 30 Januari lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki warga Amerika Syarikat kerugian RM664,278 akibat sindiket pelaburan tidak wujud
  • Mangsa, berusia 74 tahun, bekerja sebagai perunding dan pensyarah sambilan
  • Bertemu suspek melalui aplikasi WhatsApp dan didorong muat turun aplikasi untuk pelaburan
  • Transaksi dilakukan ke dalam 11 akaun bank berbeza
  • Mangsa menyedari telah ditipu setelah gagal mengeluarkan wang keuntungan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!