SSM sumbang Wakalah Zakat Korporat, CSR RM29,100

Tiga rumah kebajikan menerima sumbangan WZK dan CSR daripada SSM.
Tiga rumah kebajikan menerima sumbangan WZK dan CSR daripada SSM.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) memberikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berjumlah RM29,100 kepada 97 pelajar sempena ‘Program Back To School Bersama SSM 2024’.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, sumbangan itu bertujuan untuk meringankan beban semasa fasa pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun akademik 2024/2025 yang akan bermula pada 11 Mac depan.

Dari kiri: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) SSM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM, Amir Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz; Pengasas Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Datuk Faridah Omar Shah dan Timbalan Pengerusi JPZCSR SSM, Farid Ahmad.

“Sebagai sebuah agensi utama yang mengawal selia sektor korporat dan perniagaan di Malaysia, SSM bukan sahaja menjalankan fungsi dan peranannya dalam memperkasa komuniti perniagaan.

“SSM juga sentiasa prihatin dan membantu golongan kurang berkemampuan melalui pelbagai program yang dijalankan sepanjang tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, SSM berharap agar bantuan yang diagihkan dapat memberi motivasi dan semangat kepada pelajar supaya menjadi insan berilmu pada masa hadapan.

Sementara itu, SSM turut memaklumkan sumbangan berkenaan diberikan dalam bentuk wang tunai dan barangan peralatan persekolahan.

SSM memberikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM29,100 kepada 97 orang pelajar.
SSM memberikan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM29,100 kepada 97 orang pelajar.

Artikel Berkaitan:

Antara rumah kebajikan yang menerima bantuan itu ialah Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia, Pusat Jagaan Anak Yatim An-Najjah dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary.

Kata kenyataan itu lagi, SSM telah mengagihkan WZK sebanyak RM7.45 juta kepada 10,272 penerima asnaf di seluruh negara bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

“Bagi tempoh yang sama, SSM mengagihkan sumbangan CSR sebanyak RM586,000 kepada 477 penerima yang memerlukan,” kata kenyataan itu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28