Ramadan disambut meriah di Shah Alam

Infografik yang dikongsi pihak pengurusan Masjid Seksyen 7 di laman Facebooknya.
Infografik yang dikongsi pihak pengurusan Masjid Seksyen 7 di laman Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak pengurusan masjid di sekitar bandar raya ini menganjurkan pelbagai program menarik sepanjang Ramadan pada tahun ini.

Pengurusan Masjid Seksyen 7 dalam satu kenyataan memaklumkan, program Ihya Ramadan bakal diadakan akan meliputi pengisian ibadah, kerohanian, pembudayaan ilmu dan kemasyarakatan.

"Antaranya talaqi al-Quran selepas subuh, tadarus al-Quran, kuliah subuh, solat tarawih, qiamulail, tazkirah zuhur serta Jumaat, majlis berbuka puasa dan kuliah dhuha perdana," kata kenyataan itu.

Infografik yang dikongsi pihak pengurusan Masjid Al Ubudiah di laman Facebooknya.
Infografik yang dikongsi pihak pengurusan Masjid Al Ubudiah di laman Facebooknya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak pengurusan masjid berkenaan turut mengatur aktiviti turun pandang bagi menyantuni golongan sasar yang memerlukan termasuk program derma darah.

Sementara itu, pengurusan Majid Al Ubudiah Seksyen 19 pula memaklumkan sebanyak lapan program akan dianjurkan di masjid berkenaan sepanjang Ramadan pada kali ini.

Kata kenyataan itu, antara program yang diaturkan adalah solat subuh, tarawih, tazkirah Ramadan, agihan bubur lambuk, tilawah Ramadan, tadarus al-Quran dan majlis khatam al-Quran.

"Selain aktiviti tersebut pihak masjid turut menganjurkan majlis Nuzul al-Quran dan qiamulail 10 terakhir Ramadan," kata kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pengurusan kedua-dua masjid juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi melancarkan perancangan program Ilya Ramadan dengan menghubungi talian mereka dikongsi di laman Facebook.