Majikan didenda RM10,000 bawa masuk PATI

No Image Caption
A
A
A

SEMENYIH - Seorang majikan didenda RM10,000 di Mahkamah Khas Pendatang Tanpa Izin (PATI) Semenyih, Selangor di sini hari ini, kerana membenarkan seorang warga Bangladesh masuk dalam premis perniagaannya walau tidak mempunyai permit yang sah.

Ng Boon Hee, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Saiful Akmal Md Said.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 19 Disember 2019 ketika berada di Maju Motor Gemilang Sdn Bhd pada jam 11.45 malam di Batu Tiga, Klang dalam daerah Selangor yang mempunyai kuasa dan kawalan terhadap premis itu telah membenarkan imigran haram, Md Imam Hossain, 30, masuk dan berada dalam premis itu.

Oleh yang demikian tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) pindaan 2002 dan sekiranya disabitkan boleh didakwa mengikut seksyen 55E(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda RM10,000 dan jika gagal bayar lima bulan penjara.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan, Kasthuri Bai Venu Gopal.

Kasthuri menegaskan kedai baiki kenderaan yang dimiliki majikan itu terdedah dan majikan enggan mengikut peraturan ditetapkan maka hukuman setimpal perlu diberikan sebagai pengajaran.

Tertuduh, Boon Hee ketika dibicarakan turut mengakui kesalahannya dan insaf atas perbuatan yang dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh kemudiannya menjelaskan denda berkenaan.