10,000 penduduk terputus bekalan air, ADUN Sugut 'terjah' loji

James (depan, kanan) ketika membuat lawatan mengejut di LRA Botition Nangoh, Pitas pada Khamis.
James (depan, kanan) ketika membuat lawatan mengejut di LRA Botition Nangoh, Pitas pada Khamis.
A
A
A

PAITAN - Masalah bekalan air dihadapi kira-kira 10,000 penduduk di daerah ini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib apabila wakil rakyat itu membuat lawatan mengejut ke Loji Rawatan Air (LRA) Botition Nangoh di sini, pada Khamis.

James yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah berkata, lawatan mengejut itu untuk mendapatkan maklumat punca bekalan air paip sering terputus di kawasan tersebut.

"Dalam tempoh sebulan, tidak sampai 20 hari penduduk mendapat bekalan air bersih. Hari ini kita melawat sendiri LRA ini untuk mengetahui punca masalah tersebut.

"Hasil daripada maklumat, salah satu masalah yang dikesan ialah kontraktor dilantik oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) lambat menggantikan pam yang rosak di mana terdapat empat pam air, namun tiga daripadanya telah rosak, hanya satu berfungsi.

"Walaupun sudah hampir setahun kontraktor diminta oleh penguasa loji di sini untuk menukar pam yang rosak, namun tidak diendahkan.

James ketika membuat lawatan mengejut di LRA Botition Nangoh, Pitas pada Khamis.
James ketika membuat lawatan mengejut di LRA Botition Nangoh, Pitas pada Khamis.

"Sekiranya pam yang satu itu rosak lagi, maka kira-kira 10,000 pengguna dari 15 kampung terjejas dan tidak akan dapat menerima bekalan air bersih," katanya selepas melakukan lawatan itu.

James berkata, antara masalah lain dikesan di LRA berkenaan ialah set sistem jana kuasa tidak berfungsi dan sampah sarap masuk ke dalam muka sauk ketika berlaku banjir.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, James menggesa JANS mengambil tindakan proaktif dengan memastikan kontraktor yang dilantik menjalankan tanggungjawab supaya masalah bekalan air dapat diselesaikan segera.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28