'Tiada buluh, dawai pun berguna'

Nor Mohamad bersama gerogoh menangkap udang yang telah siap menggunakan besi dawai ketika ditemui di kediamannya di Air Kuning. Foto Bernama
Nor Mohamad bersama gerogoh menangkap udang yang telah siap menggunakan besi dawai ketika ditemui di kediamannya di Air Kuning. Foto Bernama
A
A
A

PASIR SALAK - Kesukaran mendapatkan buluh memaksa seorang nelayan darat di sini untuk menggantikan pembuatan gerogoh dengan bubu udang daripada dawai.

Nor Mohamad Saleh, 64, berkata, kebiasaannya beliau menghasilkan gerogoh yang merupakan alatan tradisional menangkap udang daripada buluh dan rotan, namun bahan itu semakin sukar didapati sejak beberapa tahun ini ekoran kawasan hijau semula jadi yang semakin mengecil di sekitar Kampung Pulau Besar di sini.

Nor Mohamad membuat gerogoh menangkap udang menggunakan besi dawai. Foto Bernama
Nor Mohamad membuat gerogoh menangkap udang menggunakan besi dawai. Foto Bernama

"Saya meninggalkan kerja pembuatan gerogoh dan bertukar kepada penghasilan bubu udang menggunakan dawai walaupun memerlukan kos agak tinggi dan lebih tenaga untuk kerja memotong," katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Bapa kepada tujuh anak itu berkata, kos membeli dawai bagi menghasilkan bubu udang bersaiz kecil dengan ketinggian 1.2 meter ialah RM24 manakala bagi saiz besar setinggi 2.1 meter pula RM56.

Beliau berkata, bubu udang bersaiz kecil dijual pada harga RM60, manakala saiz besar dengan harga RM90, berbanding gerogoh kecil yang dihasilkan tanpa modal sebelum ini hanya RM30 dan saiz besar yang dipanggil bubu baung kira-kira RM80.

Kesukaran mendapatkan bekalan buluh membuatkan Nor Mohamad terpaksa menggantikan pembuatan gerogoh yang diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu dengan menggunakan dawai. Foto Bernama
Kesukaran mendapatkan bekalan buluh membuatkan Nor Mohamad terpaksa menggantikan pembuatan gerogoh yang diusahakan sejak lebih 20 tahun lalu dengan menggunakan dawai. Foto Bernama

Nor Mohamad berkata, beliau mengambil masa dua hari untuk menyiapkan tiga unit bubu udang yang memerlukan kerja pemotongan dawai dan diikat menggunakan tali serta pemasangan yang teliti.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun tidak lagi menjual gerogoh, namun masih ramai datang ke sini untuk membeli bubu udang daripada saya.

"Pada musim udang bermula September hingga Januari lepas sahaja sebanyak 50 unit bubu udang telah terjual," katanya.

Kemahiran menghasilkan gerogoh atau gogoh tradisional semakin luput dalam masyarakat, apatah lagi bahan-bahan untuk penghasilan alat ini seperti buluh dan rotan kini sukar didapati. - Foto Bernama
Kemahiran menghasilkan gerogoh atau gogoh tradisional semakin luput dalam masyarakat, apatah lagi bahan-bahan untuk penghasilan alat ini seperti buluh dan rotan kini sukar didapati. - Foto Bernama

Beliau yang memiliki lesen nelayan darat mampu memperoleh tangkapan sehingga 6 kilogram sehari menggunakan bubu udang dengan umpan kelapa di Sungai Kinta dan Sungai Perak.

Hasil tangkapan udang galah dijual kepada peraih di kawasan sekitar kira-kira RM90 sekilogram bagi saiz besar dan RM60 sekilogram bagi lain-lain saiz.

"Walaupun sudah tidak banyak untung seperti dahulu kerana perlu mengeluarkan modal untuk membeli dawai dan tali, namun sudah 30 tahun saya menjadi nelayan darat ini untuk mencari rezeki.

"Apabila di luar musim udang, saya juga membuat bubu kabam untuk menangkap ikan ketika musim banjir," katanya.

Kos membeli dawai bagi menghasilkan bubu udang bersaiz kecil dengan ketinggian 1.2 meter adalah sebanyak RM24 manakala saiz besar setinggi 2.1 meter pula RM56. Foto Bernama
Kos membeli dawai bagi menghasilkan bubu udang bersaiz kecil dengan ketinggian 1.2 meter adalah sebanyak RM24 manakala saiz besar setinggi 2.1 meter pula RM56. Foto Bernama

Kemahiran menghasilkan gerogoh atau gogoh tradisional semakin luput dalam masyarakat, apatah lagi bahan-bahan untuk penghasilan alat ini, seperti buluh dan rotan, kini sukar didapati susulan semakin banyak kawasan hijau semula jadi dilenyapkan atas nama pembangunan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!