'Dd Chronicle perlu bayar 'harga' setimpal'

Shahril (tengah), Kamarul (kiri) dan Zulkarnain menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh AMK Cabang Temerloh di IPD Temerloh pada Jumaat.
Shahril (tengah), Kamarul (kiri) dan Zulkarnain menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh AMK Cabang Temerloh di IPD Temerloh pada Jumaat.
A
A
A

TEMERLOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Temerloh menyifatkan pempengaruh media sosial, Dd Chronicle perlu membayar 'harga' yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan.

Ketuanya, Syahril Rizal Tajudin berkata, tindakan pempengaruh tersebut memuat naik video permohonan maaf secara terbuka masih tidak mencukupi.

"Kami melihat video itu juga seakan-akan mempersendakan permohonan maaf yang telah dibuat.

"Jika benar Dd Chronicle merupakan warganegara Malaysia yang mengikut nas-nas Perlembagaan Malaysia, beliau tidak sesekali mempersendakan institusi mahkamah dan syariah Islam di negara ini," katanya.

Shahril (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Temerloh pada Jumaat.
Shahril (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Temerloh pada Jumaat.

Beliau berkata sedemikian selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Naib Ketua AMK Cabang Temerloh, Mohd Kamarul Azua Mat Rais dan Zulkarnain Mohd Sidek.

Tegasnya, pihak berkuasa harus mempercepatkan siasatan ke atas Dd Chronicle agar perkara tersebut tidak berulang di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, laporan itu juga dibuat sebagai pengajaran kepada mana-mana pempengaruh dalam membuat sebarang kandungan di media sosial.

Jelasnya, laporan itu dibuat berhubung satu video berdurasi tiga minit 55 saat yang didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu Enakmen Syariah Kelantan.

Susulan itu, Dd Chronicle atau namanya Dediy Sulaeman Ra’e telah memadamkan video parodi itu dan tampil memohon maaf terhadap perbuatannya serta menjelaskan tindakan tersebut tidak mempunyai niat untuk menghasut mana-mana pihak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!