Kes Dd Chronicle: AMK Pusat, Wilayah Persekutuan buat laporan polis

AMK Pusat, Wilayah persekutuan tampil buat laporan terhadap Dd Chronicle.
AMK Pusat, Wilayah persekutuan tampil buat laporan terhadap Dd Chronicle.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Nabil Halimi tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini pada Jumaat susulan penularan video parodi pempengaruh media sosial, Dd Chronicle.

Nabil hadir bersama Ketua AMK Wilayah Persekutuan, Muhammad Naqib Nasaruddin; Setiausaha AMK Wilayah Persekutuan, Noor Amelia Zainabila Zaiffri dan Bendahari AMK Wilayah Persekutuan Ahmad Bariq Yusof sekitar jam 3 petang.

Sebelum ini, AMK dilaporkan akan membuat laporan polis secara serentak seluruh Malaysia pada Jumaat jam 3 petang.

Ia susulan video yang dimuat naik oleh Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, di Youtube yang mendapat kecaman hebat daripada warganet kerana didakwa mempersendakan agama serta menghina mahkamah.

Video parodi berdurasi tiga minit 55 saat itu memaparkan Dd Chronicle menyatakan bahawa perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

Bagaimanapun, pada Rabu pempengaruh tersebut tampil memberi penjelasan dan mengakui kesilapan berlaku kerana terlepas pandang serta tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi.

Artikel Berkaitan: