Pekerja syarikat pembersihan selamatkan kucing diikat di dalam guni

KUALA NERANG - Dua pekerja pekerja kontraktor syarikat pembersihan E-idaman tidak menyangka bunyi ‘meow’ seekor kucing datang dari dalam tong sampah yang baru diangkat.
Salah seorang daripada pekerja terbabit Aziz Dahlan, 48, berkata, kejadian itu berlaku di Pekan Kuala Nerang pada jam 9 pagi Jumaat ketika dia bersama beberapa rakannya sedang melakukan tugas mengangkut sampah ke dalam lori syarikat terbabit.
Katanya, ketika itu dia terdengar suara kucing dan menyangka bunyi itu datang dari bahagian bawah lori.
"Ketika tong sampah diangkat ke dalam lori bunyi ‘meow’ itu kedengaran semakin kuat dan saya cuba mencari bunyi berkenaan dan menjumpai sekarung guni.
“Apabila saya mengangkat guni yang diikat dengan tali dan membukanya, menjumpai seekor kucing di dalamnya lalu saya melepaskannya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Menurut Aziz yang sudah setahun bekerja di syarikat pembersihan, kejadian itu dianggap sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana haiwan itu masih hidup dimasuk dan diikat di dalam guni.
Berdasarkan video yang ditular di laman sosial Facebook berdurasi satu minit 29 saat itu menunjukkan dua pekerja kontraktor syarikat pembersihan E-idaman berjaya menyelamatkan kucing berkenaan selepas terdengar bunyi suara kucing dalam timbunan sampah yang baru di tuang ke dalam lori.
Video berkenaan mendapat kecaman warganet yang menyifatkan perbuatan individu yang membuang kucing berkenaan sangat kejam kerana haiwan itu masih bernyawa. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Pegawai polis cedera disamun empat warga Pakistan
12 November 2026 06:44pmKepala air akibat hujan lebat cabaran SAR dua lagi mangsa hilang
12 November 2026 06:09pmPembedahan sambung tangan anggota polis oleh pakar HKL berjaya, ambil masa 8 jam
12 November 2026 05:21pmPergelangan tangan anggota polis putus ditetak warga asing berjaya disambung semula
12 November 2026 05:00pmNubhan buat laporan polis, dakwa rumah didatangi pemiutang cari Dr Fie
11 November 2026 10:55pmPemain bola sepak maut akibat jantung terhenti ketika latihan
12 November 2026 07:54am[VIDEO] 'Pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih lagi boleh' - Saifuddin Nasution
12 November 2026 01:20pmKareena Kapoor dikenakan notis undang-undang pakai loket tertera ayat Kursi sambut Deepavali
12 November 2026 10:04am
