TYCD iktiraf pekerja pembersihan

Nor Bustanul (tiga dari kiri) diikuti Kiew, Siti Hawa, Murad Ali, Sharon dan Ismail bersama penerima Anugerah Pembersihan 2023 di Mydin Mall, Subang Jaya pada Selasa.
Nor Bustanul (tiga dari kiri) diikuti Kiew, Siti Hawa, Murad Ali, Sharon dan Ismail bersama penerima Anugerah Pembersihan 2023 di Mydin Mall, Subang Jaya pada Selasa.
A
A
A

KARCHER Malaysia (Karcher) dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) dan Aspansuri telah menganjurkan 'Thank Your Cleaner Day' (TYCD) untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan penting pekerja pembersihan.

Karcher dalam satu kenyataan berkata, TYCD menghargai jasa mereka yang terlibat dengan aktiviti pembersihan dan mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai pekerjaan yang pada umumnya jarang mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

“Sempena TYCD, Mydin dan Karcher menganugerahkan Anugerah Pembersihan 2023 kepada pekerja pembersihan luar biasa dan mengiktiraf etika kerja mereka yang cemerlang serta pematuhan kepada amalan terbaik industri,” jelas kenyataan itu.

Pada Selasa, majlis TYCD telah diadakan di Mydin Mall, Subang Jaya.

Hadir sama, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Murad Ali Mydin Mohamed; Pengarah Eksekutif Mydin, Datin Dr Siti Hawa Mohd; Pengarah Urusan Karcher Malaysia, William Kiew; Ketua Pegawai Eksekutif Aspansuri Corporation Sdn Bhd, Nor Bustanul Ariff Salleh; Pengarah My Kleen Services, Sharon Kaur dan Ketua Jualan Profesional Karcher Malaysia, Ismail Abdullah.

Kiew (dua dari kiri) diikuti Nor Bustanul, Siti Hawa, Murad, Sharon dan Ismail bersama penerima Anugerah Pembersihan 2023 yang diadakan di Mydin Mall, Subang Jaya pada Selasa.
Kiew (dua dari kiri) diikuti Nor Bustanul, Siti Hawa, Murad, Sharon dan Ismail bersama penerima Anugerah Pembersihan 2023 yang diadakan di Mydin Mall, Subang Jaya pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, Karcher mempunyai 15,330 pasukan di 80 negara telah bekerjasama untuk menjadikan dunia tempat lebih bersih.

“Sebagai syarikat keluarga yang memberi tumpuan kepada kemampanan, kami yakin perkara-perkara penting dalam kehidupan kita memerlukan penjagaan tambahan untuk memastikan mereka bertahan dan mengekalkan nilai ini pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan:

“Karcher mengambil bahagian dalam TYCD sebagai komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dan kemampanan. Karcher adalah pengasas TYCD dan dari awal telah mengumumkan komitmennya untuk memberikan tumpuan kepada kerja pembersih dengan kejayaan besar.

“Lebih 50 negara telah mengambil bahagian dalam kempen ini,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan TYCD diperkenalkan pada tahun 2015 di New Zealand oleh penyedia perkhidmatan bangunan (BSCNZ) dengan kerjasama Karcher.

“BSCNZ mempunyai rangkaian syarikat yang kuat dan menyediakan perkhidmatan pembersihan profesional di kawasan kerja.

"Melalui komitmen mereka, TYCD telah diperluaskan secara meluas dan mencipta kejayaan,” kata kenyataan itu.