100 ekor kucing sedia dijadikan haiwan peliharaan

Program merupakan inisiatif MPS meningkatkan kesedaran masyarakat untuk memelihara kucing jalanan.
Program merupakan inisiatif MPS meningkatkan kesedaran masyarakat untuk memelihara kucing jalanan.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyediakan 100 ekor kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan sempena program Kucing Angkat 'We Love Cat'.

MPS dalam satu kenyataan berkata, program tersebut mendapat kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) itu menawarkan kucing dewasa dan anak kucing untuk diadopsi orang awam.

Menurutnya, pemilik baharu juga akan diberikan makanan kucing percuma atas keprihatinan mereka untuk menjaga kucing jalanan ini kepada penjagaan lebih rapi di rumah.

"Program Kucing Angkat ‘We Love Cat’ diadakan selama dua hari bermula 14 Oktober dan 15 Oktober ini di pusat beli-belah AEON Rawang bermula jam 10 pagi sehingga jam 6 petang.

"Pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya Pertandingan Cat Fashion Show yang bertemakan Alam Sekitar, Program Vaksin dan Pet Passport, Booth Jualan Produk Penjagaan Haiwan dan Petting Zoo," katanya.

Tambahnya, pengguna boleh mengimbas kod QR yang tertera di poster bagi borang pertandingan dan atur cara program.

Pada program tahun lepas, sebanyak 50 kucing daripada pelbagai baka ditawarkan untuk dijadikan kucing angkat dan 13 ekor daripadanya berjaya diserahkan kepada pemilik baharu.

Program itu memberi peluang buat pencinta haiwan mendapatkan kucing peliharaan tanpa perlu mengeluarkan kos tinggi.

Artikel Berkaitan: