Lelaki ceroboh bangunan sarang burung walet maut terkena bom buatan sendiri

Seorang lelaki warga emas maut selepas bom buatan sendiri meletup semasa dia cuba menceroboh masuk ke kawasan bangunan sarang burung walet di Bukit Kuah, Kampung Pemberian, Manik Urai di Kuala Krai pada Jumaat.
Seorang lelaki warga emas maut selepas bom buatan sendiri meletup semasa dia cuba menceroboh masuk ke kawasan bangunan sarang burung walet di Bukit Kuah, Kampung Pemberian, Manik Urai di Kuala Krai pada Jumaat.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas bom buatan sendiri meletup semasa dia cuba menceroboh masuk ke kawasan bangunan sarang burung walet di Bukit Kuah, Kampung Pemberian, Manik Urai di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan berkait kejadian itu pada jam 8.25 pagi.

"Sejurus tiba di lokasi anggota bertugas telah menjumpai seorang lelaki berusia lingkungan 60-an dalam keadaan terbaring dan perutnya terburai," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki tersebut masuk ke kawasan itu selepas bertindak memotong pagar bahagian belakang bangunan terbabit.

Ujarnya, mangsa kemudian telah mengeluarkan objek disyaki bom tangan buatan sendiri bagi meletupkan pintu hadapan bangunan berkenaan.

Pemeriksaan di lokasi menjumpai lima unit bom buatan sendiri.
Pemeriksaan di lokasi menjumpai lima unit bom buatan sendiri.

Bagaimanapun katanya, bom itu meletup secara tiba-tiba menyebabkan mangsa maut di lokasi.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan bekas kontraktor binaan yang diupah oleh pemilik bangunan untuk menyiapkan premis berkenaan.

Mangsa dipercayai masuk ke kawasan itu dengan memotong pagar.
Mangsa dipercayai masuk ke kawasan itu dengan memotong pagar.

"Difahamkan, terdapat hutang di mana pemilik bangunan tersebut masih belum menjelaskan bayaran upah kepada mangsa yang menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati," katanya.

Menurut Muhamad Zaki, pemeriksaan di lokasi menjumpai lima unit bom buatan sendiri.

"Daripada jumlah itu tiga unit bom jenis besi dan dua unit PVC. Bagaimanapun, satu unit bom jenis besi telah meletup dan mengenai mangsa.

"Kes disiasat bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan. Siasatan menyeluruh akan terus dijalankan berhubung kes ini," katanya