DBKL sita minyak masak peket dijual peniaga warga asing

Kotak mengandungi minyak masak peket yang disorokkan di tempat sampah.
Kotak mengandungi minyak masak peket yang disorokkan di tempat sampah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Minyak masak peket antara barangan disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi tindakan khas terhadap penjaja warga asing di Pusat Bandar Utara Pasar Borong Kuala Lumpur di sini.

DBKL memaklumkan, dua premis dikenakan tindakan kompaun kerana membuat halangan tred di kaki lima dan jalan awam selain 17 tindakan sitaan atau pindah halangan turut dilakukan.

Kotak minyak masak peket yang disita DBKL.
Kotak minyak masak peket yang disita DBKL.

Menurutnya, tindakan dilakukan di bawah Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.

"DBKL turut mengesan dan menyita pelbagai jenis minyak masak peket bersubsidi yang disorok di dalam stor ruangan sampah oleh peniaga warga Myanmar.

"Barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Ujar kenyataan itu, operasi berkenaan menumpukan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan tegas terhadap premis dan aktiviti perniagaan borong sayuran, buah-buahan serta barangan runcit sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Nanas yang turut disita DBKL menerusi tindakan khas terhadap penjaja warga asing.
Nanas yang turut disita DBKL menerusi tindakan khas terhadap penjaja warga asing.

Artikel Berkaitan:

"Pemeriksaan turut dilakukan melibatkan premis perniagaan menggajikan warga negara asing tanpa kebenaran dan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen terutamanya daripada warganegara Myanmar.

"Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari masa ke semasa," katanya.