Dua lelaki dicekup, cuba seludup 6,800kg minyak masak peket

Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menggagalkan cubaan dua lelaki menyeludup 6,800 kilogram (kg) minyak masak peket selepas menahan sebuah lori di sekat pintas Lalang Pepuyu di Tanah Merah, pada Selasa.

A
A
A

TANAH MERAH - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menggagalkan cubaan dua lelaki menyeludup 6,800 kilogram (kg) minyak masak peket selepas menahan sebuah lori di sekat pintas Lalang Pepuyu, di sini pada Selasa.

Penahanan lori yang dinaiki dua lelaki berusia 20 dan 18 tahun itu dilakukan pada jam 5.30 petang.

Minyak masak peket tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran melalui Sungai Golok.

Kes tersebut kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan lanjut.

KDPN Kelantan menerusi Facebook rasminya memberitahu kes akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ujarnya, orang orang ramai yang mempunyai maklumat berkait dengan aktiviti ini boleh menyalurkan terus kepada KPDN untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: