Tiada perbincangan bawa F1 kembali ke Malaysia - Petronas

Kali terakhir Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan perlumbaan F1 ialah pada 2017. Foto Agensi
Kali terakhir Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan perlumbaan F1 ialah pada 2017. Foto Agensi
A
A
A

PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan berita mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

Kenyataan akhbar Petronas.
Kenyataan akhbar Petronas.

"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang," menurut Petronas dalam kenyataan pada Rabu.

Kali terakhir litar itu menganjurkan F1 ialah pada tahun 2017. - Bernama

Artikel Berkaitan: