[VIDEO] Setahun mengurat, lelaki 86 tahun bergelar pengantin baharu

A
A
A

BACHOK - Seorang warga emas berusia 86 tahun dari Kampung Aman, Kandis di sini meluahkan rasa syukur apabila pinangannya diterima selepas setahun mengurat wanita idaman hati.

Abdullah Ali yang mempunyai tiga anak berusia 60 hingga 65 tahun itu berkata, pinangannya pernah ditolak oleh isteri, Siti Zabidah Zakaria, 63, yang ketika itu belum terbuka hati untuk berumah tangga.

"Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Isnin.

Sebelum itu tular di TikTok majlis akad nikah Abdullah dan Siti Zabidah yang diadakan di Masjid Al-Abrar, Mukim Pauh Sembilan.