Tiada ancaman kepada Melayu, Islam di Perak

Saarani (kiri) dan Mujahid dalam sidang akhbar pada Ahad.
Saarani (kiri) dan Mujahid dalam sidang akhbar pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Rekod pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Perak selama tempoh setahun ini membuktikan kepentingan orang Melayu dan Islam tidak tergugat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau berkata, meskipun pentadbiran disertai pemimpin lain-lain parti termasuk DAP, kepentingan orang Melayu dan kedudukan agama Islam terjaga dengan baik.

"Ini dah lebih setahun, saya mengesahkan negeri yang saya pimpin tidak berlaku ancaman kepada orang Melayu dan agama Islam seperti yang dimomokkan.

"Dalam mesyuarat Exco juga, langsung tidak timbul perkara yang menggambarkan wujudnya gerakan atau tindakan yang menyebabkan berlakunya ancaman itu, tidak pernah," katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Saarani dan Mujahid ketika hadir untuk menyampaikan ucapan dasar sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di Ipoh pada Ahad.
Saarani dan Mujahid ketika hadir untuk menyampaikan ucapan dasar sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di Ipoh pada Ahad.

Saarani yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak berkata, sebarang ketetapan dan pelaksanaan dilakukan pentadbiran kerajaan negeri sentiasa mengambil kira pematuhan terhadap Perlembagaan Persekutuan.

Malah katanya, dalam Belanjawan Negeri, peruntukan yang diluluskan memberi peluang kepada semua bangsa dan agama.

Artikel Berkaitan:

"Kita seboleh mungkin tidak akan cuba membangkitkan isu-isu yang menyebabkan kalangan Exco Melayu atau bukan Melayu terasa hati, kita beri sama.

"Saya beri jaminan, kerajaan ini kerajaan yang tidak akan mengabaikan atau mengancam Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan orang Melayu," katanya.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, Kerajaan Perpaduan Perak akan meneruskan penganjuran konvensyen di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tambah beliau, selain bertujuan memperkukuh hubungan antara semua parti di peringkat akar umbi, ruang itu boleh digunakan untuk menjawab isu-isu sentimen yang dimainkan pihak lawan.

"Isu berkaitan kaum dan agama ini isu lama dimainkan sejak saya menteri agama lagi.

"Bagi saya bukan Melayu dan Islam yang terancam, tetapi mereka merasakan masa depan politik mereka yang terancam," katanya.

@sinarharianonline

Tiada ancaman kepada Melayu, Islam di Perak #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Kerajaan #Perak #Melayu #Islam #Menteri #Saarani #Pentadbiran #DAP

Arrival To Earth - From "Transformers - London Music Works