Baru pulang dari PPS, air naik semula

Mustapa menunjukkan kawasan kampung yang dinaiki air semula pada Jumaat.
Mustapa menunjukkan kawasan kampung yang dinaiki air semula pada Jumaat.
A
A
A

MACHANG - Lebih 50 penduduk di Kampung Tengah di sini yang baru sahaja pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) ke rumah masing-masing mengambil langkah berjaga-jaga apabila paras air kembali naik.

Seorang penduduk, Mustapa Muda, 54, berkata, hujan lebat pada Khamis menyebabkan lapan rumah penduduk yang terletak di kawasan bendang itu tenggelam antara 0.5 meter hingga 0.7 meter.

Mustapa
Mustapa

Menurutnya, mereka berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Panggal Jenereh pada jam 3 petang Khamis sebelum pulang pada jam 12 tengah hari, Jumaat.

“Sekitar jam 8 pagi tadi air surut menampakkan jalan untuk masuk ke kampung dan kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Pada tengah hari ini, cuaca mendung dan air kembali naik, maka kami berjaga-jaga serta bersedia jika perlu berpindah semula ke PPS,” katanya ketika ditemui di Kampung Tengah di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, seorang suri rumah, Azlina Tuan Kob, 37, berkata, keadaan itu dilalui mereka pada setiap tahun malah sehingga dua tiga kali berpindah setiap kali musim tengkujuh kerana kawasan kampung yang terletak di tengah-tengah bendang.

Azlina
Azlina

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, banjir bulan lalu memberi kesan kepadanya kerana terpaksa mengharungi air untuk ke hospital akibat keguguran.

“Waktu itu banjir sama seperti semalam dan saya keluar untuk mendapatkan rawatan dengan berjalan di dalam air sedalam 0.4 meter.

“Apabila pulang, air sudah mencecah 0.7 meter dan terpaksa berlindung di PPS SK Pangkal Jenereh,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu hamil, Nurul Aida Alias, 32, berkata, situasi perlu berpindah berkali-kali ke PPS menyukarkannya namun tidak ada pilihan kerana mengutamakan keselamatan.

Nurul Aida
Nurul Aida

Menurutnya, barangan rumah dikemas dan diangkat ke tempat lebih tinggi manakala pakaiannya sentiasa tersedia bagi memudahkan proses pemindahan jika air terus meningkat.

Nurul Aida (kiri) dan Azlina (dua dari kanan) bersama-sama anaknya mengharungi air untuk keluar dari rumah mereka.
Nurul Aida (kiri) dan Azlina (dua dari kanan) bersama-sama anaknya mengharungi air untuk keluar dari rumah mereka.

“Saya hamil anak keenam dan berpindah ke PPS bersama lima lagi anak yang masih kecil.

“Kami perlu berpindah ke PPS kerana tidak selamat tinggal di rumah. Selain bahaya air, ada binatang seperti lipan atau ular kerana ini kawasan sawah padi,” katanya.