Korbankan ego masing-masing - Mujahid

Mujahid ketika menyampaikan ucapan ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.
Mujahid ketika menyampaikan ucapan ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) perlu mengorbankan ego masing-masing bagi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pengorbanan tersebut akan membawa pulangan kebaikan buat seluruh rakyat.

"Tidak mudah untuk kita mengikis perasaan ego kekelompokan setelah sekian lama kita bertarung antara satu sama lain di pentas politik.

"Namun berbekalkan kita percaya bahawa dalam perjuangan ada sesuatu yang lebih besar daripada kepentingan diri kita dan kelompok, kita maka kita pun berusaha menuju ke arah titik tolak besar," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina di sini pada Ahad.

Mujahid (kiri) bersama Saarani (dua dari kiri) ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.
Mujahid (kiri) bersama Saarani (dua dari kiri) ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina pada Ahad.

Hadir sama pada konvensyen berkenaan, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Mujahid berkata, menjadi tanggungjawab semua komponen parti Kerajaan Perpaduan untuk membina, memupuk dan mengukuhkan perpaduan sehingga lahir kesepaduan.

Katanya, aktivis parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan juga perlu memupuk perpaduan dalaman di peringkat akar umbi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pimpinan dan ahli parti agar tidak selesa dengan keadaan sedia ada.

"Pihak yang mencemburui kita senantiasa memandang kita dengan mata kebencian dan permusuhan.

"Kejayaan kita adalah kekecewaan bagi mereka, kegagalan kita adalah kegembiraan bagi mereka," ujarnya.