Polis kesan waris mangsa kemalangan

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan ahli keluarga atau waris kepada seorang lelaki yang maut selepas terlibat dengan satu kemalangan di Kilometer 11.4 Lebuh Iskandar Sultan menghala ke arah Gelang Patah dan berdekatan gelangang futsal Sungai Danga, di sini, Sabtu lepas.

Pegawai Penyiasat Trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara, Inspektor Mohd Khairul Azhar Pakrudin berkata, mayat lelaki dipercayai berbangsa India dan merupakan warga tempatan itu kini berada di Jabatan Forensik, Hospital Kulai, di sini dan belum dituntut.

Menurutnya, kemalangan berlaku kira-kira jam 1.40 pagi ketika mangsa yang sedang melintas jalan di lokasi itu telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulai dan hingga kini masih belum dituntut oleh sesiapa,” katanya.

Berikutan itu, ahli keluarga atau waris mangsa boleh menghubungi beliau terus di talian 0134111703 bagi urusan tuntutan mayat tersebut.

Artikel Berkaitan: