Umat Islam diseru hormati pandangan, fatwa mufti - Mufti Kedah

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang (tengah) menerima replika cek zakat perniagaan berjumlah RM3.79 juta dari 14 syarikat korporat di Menara Zakat, Alor Setar pada Rabu.
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang (tengah) menerima replika cek zakat perniagaan berjumlah RM3.79 juta dari 14 syarikat korporat di Menara Zakat, Alor Setar pada Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR - Umat Islam di negara ini diseru supaya menghormati Jabatan Mufti dan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh institusi tersebut.

Menurut Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, Jabatan Mufti adalah institusi yang tertinggi menjalankan tugas mewakili sultan dan raja bagi negeri-negeri di negara ini.

"Jabatan Mufti merupakan institusi tertinggi bagi negeri-negeri yang ada di Malaysia ini, sebab itu fatwa atau pandangan-pandangan yang dikeluarkan mana-mana Jabatan Mufti perlu dihormati.

"Kalau kita tengok dari segi struktur atau organisasi, Jabatan Mufti negeri berada di bawah sultan, jadi maknanya dia (mufti) dilantik oleh sultan. Mereka menjalankan tugas bagi pihak sultan," katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas menerima replika cek zakat perniagaan berjumlah RM3.79 juta daripada 14 syarikat korporat di Menara Zakat, di sini.

Dalam pada itu, Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kutipan dan Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berkata, pada tahun 2023, sebanyak RM277 juta kutipan zakat diterima dan menyasarkan sebanyak RM300 juta dapat dikutip pada tahun 2024.

Pada Selasa, media melaporkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta pengguna media sosial untuk tidak memanjangkan isu berkaitan permohonan maaf beliau kepada selebriti terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurutnya, sebarang polemik wajar dihentikan dan meminta semua pihak agar berbaik sangka memandangkan tidak ada manusia yang sempurna selain Rasulullah SAW.

Artikel Berkaitan:

Wan Salim sebelum ini secara terbuka memberikan saranan agar konsert penyanyi nombor satu negara terbabit dianjak bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan.