X

Kindly register in order to view this article
!

Soleimani dibunuh untuk 'hentikan peperangan', kata Trump

Donald Trump
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) membunuh komander tertinggi tentera elit Iran yang didakwa bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan serantau Tehran, adalah untuk 'menghentikan peperangan' bukan memulakannya, kata Presiden, Donald Trump pada Jumaat.

Trump menuduh Qasem Soleimani merancang 'serangan ganas ke atas diplomat dan anggota tentera Amerika' namun tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, sebaliknya berkata komander itu telah 'tertangkap basah'," lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Trump.

 Qasem Soleimani
Qasem Soleimani

"Apa yang Amerika Syarikat lakukan semalam (Jumaat) sepatutnya telah dilakukan sejak dulu lagi," kata Trump di kediamannya di sebuah resort di Florida, merujuk kepada pembunuhan Soleimani.

ARTIKEL BERKAITAN: Trump didakwa arah pembunuhan komander Iran

Lagi serangan di Iraq menjelang pengebumian Soleimani

Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara AS pada awal pagi Jumaat berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Trump memilih untuk menarik diri daripada pakatan nuklear dengan Tehran pada tahun 2018.

Timbalan Ketua Pasukan Quds pengganti Soleimani

Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei, yang menganugerahkan bintang kebesaran tertinggi kepada Soleimani tahun lepas berikrar untuk membalas dendam terhadap AS atas kematiannya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!