Timbalan Ketua Pasukan Quds pengganti Soleimani

Esmail Qaani. - Foto Agensi
Esmail Qaani. - Foto Agensi
A
A
A

TEHERAN - [DIKEMASKINI] Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menamakan Timbalan Ketua Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Esmail Qaani sebagai pengganti komandernya yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.

"Susulan kematian Qasem Soleimani, saya menamakan Briged Jeneral Esmail Qaani sebagai komander pasukan Quds IRGC," kata Ali Khamenei dalam satu kenyataan dimuat naik di laman web rasminya.

Ali Khamenei menyifatkan Qaani sebagai salah seorang komander paling cemerlang dalam pasukan itu ketika Perang Iran-Iraq pada tahun 1980 hingga 1988.

"Perintah untuk Pasukan Quds kekal sama seperti semasa pemerintahan Soleimani.

"Saya menggesa anggota pasukan untuk bekerjasama dengan Jeneral Qaani dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya," katanya lagi. - AFP

Artikel Berkaitan: