Trump didakwa arah pembunuhan komander Iran

Qasem Soleimani (kiri) dan Abu Mahdi al-Muhandis. - Foto AFP
Qasem Soleimani (kiri) dan Abu Mahdi al-Muhandis. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran kembali meningkat selepas Presiden Donald Trump didakwa mengarahkan pembunuhan komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani dalam tindakan pertahanan untuk melindungi kakitangan Amerika Syarikat (AS) di luar negara.

"Jeneral Soleimani secara aktif membangunkan rancangan untuk menyerang diplomat dan anggota perkhidmatan AS di Iraq serta di seluruh rantau tersebut.

"Beliau dan Pasukan Qud bertanggungjawab atas kematian ratusan anggota perkhidmatan Washington dan gabungan serta kecederaan ribuan yang lain," menurut Jabatan Pertahanan AS.

Susulan kematian Soleimani, Trump telah memuat naik gambar bendera kebangsaan AS di Twitter tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Dalam serangan di sebuah lapangan terbang di Baghdad, Iraq awal pagi tadi, Soleimani dan timbalan ketua pasukan separa tentera Iraq, dikenali sebagai Hashed Al Shaabi dilaporkan terbunuh.

Menurut kenyataan al Shaabi, serangan berlaku susulan rusuhan ganas penyokong pro-Iran yang menyasarkan Kedutaan AS di Baghdad Selasa lalu selepas AS melancarkan serangan udara hujung minggu lalu.

"Timbalan Abu Mahdi al-Muhandis dan Soleimani terbunuh selepas AS menyasarkan kenderaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad," katanya.

Kematian Soleimani turut disahkan oleh IRGC.

Artikel Berkaitan:

Sumber keselamatan memberitahu, konvoi tentera berkenaan di bom dan mengorbankan lapan orang termasuk individu penting. - AFP