Lagi serangan di Iraq menjelang pengebumian Soleimani

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei memeluk seorang ahli keluarga komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani yang terbunuh susulan serangan udara AS di Baghdad semalam. - Foto AFP
Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei memeluk seorang ahli keluarga komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani yang terbunuh susulan serangan udara AS di Baghdad semalam. - Foto AFP
A
A
A

BAGHDAD - Satu lagi serangan udara menyasarkan pejuang pro-Iran di Iraq dilaporkan berlaku awal pagi tadi di sebalik kebimbangan memuncak tercetusnya perang antara Washington dan Teheran susulan serangan dron Amerika Syarikat (AS) yang membunuh seorang komander tertinggi Iran semalam.

Serangan berlaku menjelang perarakan berkabung untuk komander tertinggi Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Qasem Soleimani dan timbalan ketua pasukan separa tentera Iraq dikenali sebagai Hashed Al Shaabi, Abu Mahdi al-Muhandis yang turut maut dalam serangan di Baghdad itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia bimbang serangan udara di Baghdad

Pembunuhan dianggap kemuncak paling dramatik dalam konflik antara Iran dan AS yang berikrar menghantar lebih ramai tentera ke rantau berkenaan meskipun Presiden Donald Trump menegaskan beliau tidak mahu berperang.

Menurut kenyataan Hashed al-Shaabi, serangan terkini itu menyasarkan konvoi milik pasukan separa tentera Iraq terbabit yang mempunyai hubungan rapat dengan Iran.

Kenyataan bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan namun stesen televisyen Iraq melaporkan ia sebagai serangan udara AS.

Timbalan Ketua Pasukan Quds pengganti Soleimani

Pas kecam tindakan AS bunuh dua pemimpin kanan tentera Iran

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, sumber polis memberitahu AFP serangan di utara Baghdad itu menyebabkan kematian dan kecederaan tanpa memberikan angka spesifik. Setakat ini, tiada komen diperoleh dari pihak AS.

Soleimani, 62, yang disenarai hitam oleh AS dilaporkan terbunuh apabila kenderaan dinaikinya terkena serangan dron berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. Seramai lima anggota IRGC dan lima anggota Al Shaabi turut terkorban dalam serangan itu.

Difahamkan, mayat anggota IRGC terbabit akan dihantar pulang ke Iran yang telah mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari susulan kematian Soleimani.

Dalam pada itu, Teheran menamakan Timbalan Ketua IRGC, Esmail Qaani sebagai pengganti Soleimani dan Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei menjanjikan tindakan balas dendam sementara puluhan ribu penunjuk perasaan di Teheran membakar bendera AS dan melaungkan kata-kata 'death to America'. - AFP