Tarif air Kelantan naik 23 sen bermula 1 Februari

AKSB berkata, bagi bacaan meter individu sebelum 0 hingga 20 meter padu sebanyak 45 sen naik kepada 68 sen. - Gambar hiasan
AKSB berkata, bagi bacaan meter individu sebelum 0 hingga 20 meter padu sebanyak 45 sen naik kepada 68 sen. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Pengguna domestik di Kelantan dijangka menerima tarif baharu air dengan kenaikan 23 sen bagi setiap meter padu berkuat kuasa 1 Februari ini.

Jurucakap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berkata, bagi bacaan meter individu sebelum 0 hingga 20 meter padu sebanyak 45 sen naik kepada 68 sen.

Tambah beliau, bagi penggunaan melebihi 20 hingga 35 meter padu ialah 97 sen dan selepas 1 Februari pula RM1.26.

Bagi pengguna bukan domestik, tarif dikenakan bagi 0 hingga 35 meter padu ialah RM1.95 dan naik kepada RM2.03.

"Penggunaan melebihi 35 meter padu dinaikkan menjadi RM2.28 daripada RM2.20 sebelum ini," katanya.

Selain itu, turut dimaklumkan caj minimum daripada RM19.50 meningkat kepada RM20.30.

Media sebelum ini melaporkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Pelarasan dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun.

Artikel Berkaitan: