Rungutan masalah air di Kelantan berkurang - Nassuruddin

Nassuruddin (empat dari kanan) menyerahkan replika banglo kepada Muhammad Qayyim sebagai tanda penyerahan rumah banglo kepada johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023 itu pada Khamis.
Nassuruddin (empat dari kanan) menyerahkan replika banglo kepada Muhammad Qayyim sebagai tanda penyerahan rumah banglo kepada johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023 itu pada Khamis.
A
A
A

TANAH MERAH - Rungutan berkaitan masalah air di Kelantan semakin berkurangan berikutan usaha kerajaan menaik taraf keperluan itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, justeru kenaikan tarif air yang diumumkan dijangka tidak membebankan rakyat kerana perkhidmatan semakin baik.

Menurut beliau, tarif air juga sudah lama tidak dinaikkan sejak 2013 dan kerajaan negeri akan melihat kesesuaian mengikut pelarasan yang ditetapkan di seluruh negara.

"Kita akan berusaha mengatasi masalah (air) itu dan kini didapati juga rungutan berkaitan air semakin berkurangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rumah Banglo Kepada Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa 2023, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi di sini pada Khamis.

Nasuruddin menandatangani plak sebagai gimik penyerahan banglo kepada johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi pada Khamis.
Nasuruddin menandatangani plak sebagai gimik penyerahan banglo kepada johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi pada Khamis.

Nassuruddin memberitahu, kajian juga sudah dilakukan sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan dan bil yang perlu dibayar juga tidak membebankan.

Sebelum ini, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, pelarasan tarif air akan membantu kerja-kerja pembangunan, naik taraf, baik pulih serta penyelenggaraan infrastruktur bekalan air dengan lebih lancar.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keputusan itu memberi kesan langsung terhadap kualiti perkhidmatan kepada pengguna termasuk menangani gangguan bekalan dan aduan berkaitan masalah bekalan air.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada Rabu mengumumkan tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.

SPAN turut memaklumkan kenaikan tarif air merupakan satu pelaburan untuk masa hadapan, sekali gus membolehkan industri bersedia menghadapi sebarang insiden pada bila-bila masa.

Justeru Pengerusi SPAN, Charles Santiago meminta rakyat memahami tindakan dilakukan pihaknya demi kepentingan bersama.