TLDM beri kerjasama kepada SPRM siasatan kes 'kartel perolehan'

Tiga lelaki yang dipercayai terlibat sebagai 'orang tengah' bagi kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman selama tujuh hari sehingga 25 Januari ini bagi membantu siasatan. Gambar kecil: Abdul Rahman
Tiga lelaki yang dipercayai terlibat sebagai 'orang tengah' bagi kerja-kerja perolehan membabitkan sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) direman selama tujuh hari sehingga 25 Januari ini bagi membantu siasatan. Gambar kecil: Abdul Rahman
A
A
A

KUANTAN - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menegaskan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan 'kartel perolehan' membabitkan kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM di Johor.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

"Setakat ini, saya tidak boleh komen banyak sangat, tunggu siasatan SPRM selesai.

"Sebaiknya kita tunggu laporan SPRM dan tindakan sewajarnya akan diambil hasil laporan siasatan itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Dalang sindiket ‘kartel perolehan’ TLDM direman

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas upacara penamaan dan pentauliahan Patrol Craft (PC) Kapal Diraja (KD) Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di Jeti Tanjung Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, akhbar melaporkan penahanan tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada 'kartel perolehan' membabitkan kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM bernilai lebih RM9 juta di Johor

Menurut sumber, ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 6 petang.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, tangkapan ke atas tiga individu itu dibuat atas dakwaan kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang 'kartel perolehan' kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan.

Sumber memaklumkan pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, terdapat beberapa anggota TLDM telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan dokumen juga diambil.

"Jadi, kita tunggu sehingga keputusan siasatan," katanya.