Polis kesan tiga beranak bantu siasatan kes dadah

Gambar dari kiri: Chan Paik Kim, Chan Jie Kenneth, Jared Chan Jie Yew
Gambar dari kiri: Chan Paik Kim, Chan Jie Kenneth, Jared Chan Jie Yew
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kesemua individu terbabit diperlukan oleh bahagian siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk membantu siasatan di bawah kes Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, individu pertama ialah Chan Paik Kim, 56, dan keduanya, Chan Jie Kenneth, 28, manakala ketiga Jared Chan Jie Yew, 25.

"Alamat terakhir ketiga-tiga individu terbabit ialah di No 17, Jalan Sutera 3, Taman Jalil Sutera, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

"Hubungan antara kesemua individu terlibat adalah ibu dan anak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Norhasriani Muhamad Nor di talian 017-4918404.

Selain itu, mereka yang ingin memberi maklumat boleh menghubungi bahagian siasatan jenayah narkotik IPD Cheras di talian 03-92050357, hotline polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau terus ke mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: