Polis cari saksi bantu siasatan kes dadah

Lee Chin dicari untuk membantu siasatan berhubung kes dadah.
Lee Chin dicari untuk membantu siasatan berhubung kes dadah.
A
A
A

GEORGETOWN - Polis mencari seorang wanita bagi menjadi saksi bagi memberi keterangan mengenai kes dadah di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Seberang Perai Tengah (SPT), Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya mencari Ong Lee Chin berusia 42 tahun yang beralamat terakhir di No 16, Lorong Rusa 6, Taman Selamat, Bukit Mertajam.

"Kita sedang mengesan seorang saksi penting yang diperlukan untuk tampil memberi keterangan berkaitan satu kes yang disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bersangkut Machang Bubok/4518/23.

"Kehadiran saksi untuk tampil memberi keterangan adalah amat penting bagi melengkapkan siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, orang awam yang mengetahui lokasi saksi berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis Daerah SPT, lnspektor Sity Najwa Mohd Abd Latif di talian 010-2882662.

Artikel Berkaitan: