X

Kindly register in order to view this article
!

Tulisan jawi: Siapa lebih berkuasa, kementerian atau PIBG?

Ciapan Twitter Raja Permaisuri Agong hari ini.
A
A

SHAH ALAM - "Siapa lebih berkuasa? Kementerian pelajaran atau PIBG?" soal Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Twitter hari ini.

Ciapan menggunakan tulisan jawi itu membangkitkan bidang kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menentukan pembelajaran jawi di sekolah vernakular.

Dalam ciapan lain, baginda turut menghuraikan peranan PIBG.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulisan jawi: Perlu persetujuan 51 peratus ibu bapa, PIBG

"Anak-anak saya juga ke sekolah kerajaan. PIBG hanya untuk menjaga kebajikan dan mutu pelajaran yang disampaikan oleh guru-guru mengikut silibus kementerian," tulis baginda.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dipetik sebagai berkata, pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun Empat di sekolah vernakular hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta PIBG bersetuju.

Jelasnya, pengajaran tulisan jawi di satu-satu sekolah akan dijalankan jika 51 peratus atau lebih borang yang diterima daripada ibu bapa menyatakan persetujuan.

Laungan takbir pertahan jawi di Masjid Jamek

Tulisan jawi: Tunku Azizah mulakan di Twitter

Mengulas lanjut, Tunku Azizah menegaskan, jawi sebagai warisan orang Melayu dan perlu dimartabatkan.

"Tulis jawi itu adalah warisan kita orang Melayu. Mari kita semua gunakan dan memartabatkan tulisan jawi jadi kita semua senang baca," tulis baginda.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus