Raja Permaisuri Agong di World #QuranHour

A
A
A

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023 pada Khamis.

Seri Paduka Baginda tiba di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini pada pukul 11.45 pagi bagi meluangkan masa mendengar bacaan surah Al-Insan yang dipilih sebagai surah pilihan untuk edisi kali ini.

World #QuranHour tahun ini mengangkat tema 'Memanusiakan Ummah' melalui agenda memanusiakan diri, keluarga, masyarakat dan negara.