Pegawai khidmat pelanggan maut nahas langgar lari

Mangsa maut di lokasi kejadian setelah motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 4.4 Jalan Lapangan Terbang Subang dekat sini pada Sabtu.
Mangsa maut di lokasi kejadian setelah motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kilometer 4.4 Jalan Lapangan Terbang Subang dekat sini pada Sabtu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pegawai khidmat pelanggan maut setelah motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 4.4, Jalan Lapangan Terbang Subang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, kejadian kira-kira jam 5.46 pagi itu berlaku ketika mangsa berumur 37 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja di Lapangan Terbang Subang.

"Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa yang merupakan lelaki tempatan itu menunggang sebuah motosikal jenis Honda Ex5.

"Mangsa yang menunggang bersendirian dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Keadaan motosikal mangsa selepas dilanggar pemandu kenderaan lain yang bertindak melarikan diri.
Keadaan motosikal mangsa selepas dilanggar pemandu kenderaan lain yang bertindak melarikan diri.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 30 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, rakan, keluarga atau sesiapa yang mengenali mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Selain itu, saksi kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Abdul Ghafur Baharuddin di talian 017-7478139.

"Polis sama sekali tidak berkompromi terhadap pengguna yang memandu secara berbahaya dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan jalan raya," katanya.