Suami isteri naiki motosikal maut nahas tiga kenderaan

Keadaan lokasi kejadian pada jam kira-kira 10 pagi Sabtu.
Keadaan lokasi kejadian pada jam kira-kira 10 pagi Sabtu.
A
A
A

TAMPIN - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat nahas dengan dua kenderaan di kilometer 3.5 Jalan Pasir Besar-Palong pada Sabtu.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu berlaku ketika motosikal ditunggang suami, 58, dan dibonceng isteri, 56, dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Triang, Pahang.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, berdasarkan siasatan, sebaik sampai di satu selekoh mereka telah termasuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berumur 68 tahun.

"Penunggang berkenaan telah hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi kereta yang berada di belakang kereta dipandu warga emas itu.

"Akibatnya, kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat," katanya pada Sabtu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan jalan raya terbabit diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin.

"Boleh juga menghubungi talian 06-4412502 atau 06-4431999 Bilik Gerakan IPD Tampin bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan telah dibuka di bawah sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: