MOA sedia lakukan proses pembenihan awan

Salahuddin (tiga dari kiri) berkesempatan meninjau kawasan sawah padi yang kering di Bintong semalam.
Salahuddin (tiga dari kiri) berkesempatan meninjau kawasan sawah padi yang kering di Bintong semalam.
A
A
A

KANGAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bersedia menjalankan proses pembenihan awan bagi membantu golongan petani khususnya di kawasan sawah padi terjejas di sekitar Perlis dan Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya telah menyediakan peruntukan bagi melakukan kaedah berkenaan dalam menangani masalah bekalan air di kawasan yang telah dikenal pasti.

Menurutnya, operasi pembenihan awan bertujuan menggalakkan hujan dan akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Meteorologi.

“Sepatutnya ia sudah boleh dilakukan, namun disebabkan ketiadaan awan yang sesuai menyebabkan operasi ini ditangguhkan,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di petak sawah petani sekitar Bintong semalam.

Menurut Salahuddin, pihaknya akan membincangkan jalan penyelesaian lain agar tidak berlaku kerenah birokrasi yang membebankan petani.

“Insya-ALLAH untuk keputusan jangka panjang kita akan cuba lakukan sistem perparitan yang lebih baik,” katanya.

Mengulas berkaitan pemberian baja, Salahuddin berkata, sebanyak 95 peratus petani sudah pun menerima bekalan manakala separuh lagi akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Sementara itu, seorang petani, Khalid Sabu, 64, berharap kementerian melunaskan janji kepada petani bagi membolehkan mereka terus dapat menikmati hasil padi.

Artikel Berkaitan:

Bagi Shamsuri Saad, 45, pula, kedatangan menteri ke kawasan tersebut diharap membawa sinar baharu kepada golongan petani.

“Syukur dengan apa yang kami dengar pada hari ini (semalam). Saya rasa sangat lega dan gembira,” katanya.

Terdahulu, pada 29 Disember, Sinar Harian melaporkan tanaman padi seluas 496 hektar di kawasan Paya dan Jejawi mengalami kerugian teruk ekoran sistem pengairan yang tidak sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 300 pesawah rugi tanaman padi terjejas