PBAPP yakin kerja-kerja ganti injap selesai ikut jadual

PBAPP yakin dapat menyiapkan kerja penggantian dua injap kawalan yang bocor pada jam 6.01 pagi Khamis.
PBAPP yakin dapat menyiapkan kerja penggantian dua injap kawalan yang bocor pada jam 6.01 pagi Khamis.
A
A
A

SUNGAI DUA - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yakin dapat menyiapkan kerja penggantian dua injap kawalan yang bocor pada jam 6.01 pagi Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Pathmanathan K berkata, pihaknya telah menutup Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dengan selamat buat sementara waktu bagi memudahkan kerja-kerja dilakukan segera.

Menurutnya, kerja-kerja penggantian dua unit injap kawalan 1.2 meter (m) yang bocor di LRA Sungai Dua berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

"Kami telah mencapai kemajuan 60 peratus pada salah satu injap dan 30 peratus dengan injap kedua.

"Bagaimanapun, pasukan tindak balas kecemasan (ERT) kami sedang menangani isu di Sungai Prai apabila kami menutup bekalan air pagi ini, penurunan tekanan air menyebabkan pengapit yang kami pasang pada bahagian bocor pada paip bawah air sepanjang 1.35m lepas lalu," katanya pada sidang akhbar di LRA Sungai Dua pada Rabu.

Petugas PBAPP sedang giat melakukan kerja-kerja pertukaran injap yang bocor di LRA Sungai Dua.
Petugas PBAPP sedang giat melakukan kerja-kerja pertukaran injap yang bocor di LRA Sungai Dua.

Pathmanathan berkata, pihaknya telah mengerahkan sepasukan 16 penyelam komersial untuk memasang pengapit yang lebih selamat di bahagian yang lebih besar saluran paip bocor.

"Buat masa ini, sasaran kami tidak berubah. Kami berusaha sebaiknya untuk menyiapkan semua kerja seperti yang dijadualkan, menjelang 6 pagi esok, termasuk kerja-kerja respons kecemasan Sungai Prai," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, PBAPP masih merancang untuk memulakan kerja pemulihan bekalan air peringkat satu seperti yang dirancang dari jam 6.01 pagi hingga esok.

“Apabila kerja-kerja pemulihan bekalan air dilakukan, maka beberapa kawasan khususnya di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah dijangka mendapat bekalan air menjelang jam 6 pagi pada Jumaat.

“Daerah Seberang Prai Selatan dan kawasan pulau dijangka mendapat bekalan air pada jam 6 pagi hari Sabtu dan pengguna di hujung rangkaian paip agihan dan tanah tinggi mendapat bekalan air pada jam 6 pagi Ahad," katanya.