Teliti kaedah kutip zakat elak penyelewengan - Saarani

Saarani ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030.
Saarani ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) perlu meneliti semula kaedah kutipan zakat termasuk dalam talian bagi mengelakkan berlakunya kes-kes penyelewengan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, siasatan polis terhadap kes penyelewengan zakat berjumlah RM9.62 juta milik badan berkanun negeri itu perlu dijadikan iktibar dalam memperbaiki kelemahan sistem sedia ada.

Saarani (tiga dari kiri) merasmikan penutupan Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 yang berlangsung di UPSI pada Sabtu.
Saarani (tiga dari kiri) merasmikan penutupan Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 yang berlangsung di UPSI pada Sabtu.

"Sudah tentu kita pandang serius tetapi ia telah menjadi kes polis. MAIPk ada ahli lembaga pengarah, pengurusan, CEO (ketua pegawai eksekutif) dan pentadbiran sendiri jadi kita tidak bolehlah lepas tangan kerana ia berlaku dalam negeri Perak.

"Jika ia (transaksi dalam talian) merupakan satu kelemahan nyata dan satu ruang untuk orang menyeleweng, kita mungkin boleh fikir untuk guna kaedah yang jauh lebih baik daripada itu," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 yang dihadiri 800 mahasiswa Anak Perak daripada 43 Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.

Saarani (kanan) beramah mesra dengan mahasiswa yang hadir pada Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 di UPSI, Tanjung Malim.
Saarani (kanan) beramah mesra dengan mahasiswa yang hadir pada Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 di UPSI, Tanjung Malim.

Menurut Saarani, perkara itu dijangka dibincangkan selepas pelantikan barisan pengurusan baharu MAIPk yang telah tamat pada 31 Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian melaporkan polis Perak telah menahan sepasang suami isteri berusia 50 dan 53 tahun di Kuala Lumpur pada Jumaat berhubung kes penyelewengan kutipan zakat MAIPk.

Pasangan yang bertindak sebagai ejen kutipan zakat itu direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Saarani menyerahkan sijil penyertaaan kepada mahasiswa yang menyertai Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 di UPSI di Tanjung Malim.
Saarani menyerahkan sijil penyertaaan kepada mahasiswa yang menyertai Karnival Siswa Perak Sejahtera 2030 di UPSI di Tanjung Malim.

Pada Khamis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.