Suami isteri seleweng kutipan zakat lebih RM9 juta direman seminggu

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

IPOH - Pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kes penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta telah direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 50 tahun dan wanita 53 tahun yang bertindak sebagai ejen kutipan zakat direman sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah.

Menurut beliau, kedua-dua individu tersebut ditangkap oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak selepas menerima laporan daripada MAIPk.

"Reman dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kita peroleh tujuh hari bermula hari ini (Sabtu) hingga 12 Januari ini.

"Siasatan awal mendapati suspek menjalankan transaksi kutipan menerusi dalam talian. Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan pasangan suami isteri ditangkap di sebuah lokasi di Kuala Lumpur sekitar jam 12.35 tengah hari tadi selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat MAIPk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan, polis melakukan siasatan terhadap sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat MAIPk selepas dipercayai gagal mendepositkan zakat bermula Mac hingga September 2023.

Artikel Berkaitan: