Bukan kapal, kru Malaysia

Laporan Sinar Harian pada 31 Disember lalu. Gambar kanan: Saifuddin
Laporan Sinar Harian pada 31 Disember lalu. Gambar kanan: Saifuddin
A
A
A

KUANTAN - Kapal tangki yang ditahan dan dirampas Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) kerana disyaki menyeludup minyak disahkan bukan milik Malaysia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pejabat Kedutaan Malaysia di Tehran dan Kementerian Luar Iran turut mengesahkan 16 kru kapal yang ditahan juga bukan rakyat negara ini.

Menurutnya, Wisma Putra sudah menghubungi Kedutaan Malaysia di Iran dan Kementerian Luar Iran bagi mengesahkan perkara itu.

"Kapal dan kru dari negara mana, biarlah pihak sana yang dedahkan," katanya pada sidang akhbat selepas mengadakan lawatan ke Tapak Projek Perumahan Rakyat di Chendor yang terbengkalai hari ini.

Saifuddin berkata, pengesahan itu bukan sahaja melegakan kerajaan malah rakyat di negara ini yang menanti untuk mengetahui nasib kru kapal yang sebelum ini dikatakan warga Malaysia.

Kapal berkenaan sebelum ini ditahan di kawasan 15 batu nautika dari Abu Musa, salah satu daripada tiga kepulauan di Teluk Arab yang berada di bawah kawalan Teheran.

ARTIKEL BERKAITAN: Iran rampas kapal, 16 rakyat Malaysia ditahan

Berdasarkan laman web stesen TV, IRIB yang sebelum ini melaporkan rampasan itu melibatkan sebanyak 1.3 juta liter minyak dari sebuah kapal yang tidak dinamakan.

Artikel Berkaitan: