Warga emas maut ditikam, dua beradik ditahan

Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di bahagian belakang badan dan kedua-dua buku lali dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pasir, Rantau di sini pada Khamis. Foto ihsan PDRM
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di bahagian belakang badan dan kedua-dua buku lali dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pasir, Rantau di sini pada Khamis. Foto ihsan PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di bahagian belakang badan dan kedua-dua buku lali dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pasir, Rantau di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat jam 10.10 pagi memaklumkan seorang lelaki dijumpai tidak sedarkan diri di lokasi.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berumur 74 tahun, tidak bekerja dan disahkan sudah meninggal dunia ketika ditemui di rumah itu.

"Pemeriksaan pada badan warga emas itu menemui kesan tikaman di bahagian belakang badan dan kedua-dua belah buku lalinya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, dua suspek lelaki masing-masing berusia 18 dan 25 tahun ditahan untuk siasatan lanjut, namun motif kejadian masih dalam siasatan.

Pihak polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian. Foto ihsan PDRM
Pihak polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian. Foto ihsan PDRM

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

"Seorang daripada suspek ditahan lebih kurang jam 5 petang tadi berhampiran kawasan kejadian, manakala seorang lagi dipanggil ke balai polis untuk siasatan. Kedua-duanya adalah adik-beradik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Arifai, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Asisten Superintenden Mohd Firdaus Sudeerman di talian 010-3921373," katanya.