Tanam mayat belakang rumah: Lima individu didakwa membunuh

Dua beradik antara yang dituduh di Mahkamah Majistret Selayang bagi kes bunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang.
Dua beradik antara yang dituduh di Mahkamah Majistret Selayang bagi kes bunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang.
A
A
A

SELAYANG - Seramai lima individu termasuk dua beradik, didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas satu pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan yang mana mayatnya ditemui ditanam di belakang sebuah rumah di Sungai Choh, dua minggu lalu, yang mana ia dikatakan bermotifkan sebaran gambar bogel.

G Ganong Segaran, 34 dan adik perempuannya, G Malani, 33 manakala tiga yang lain P Saravanan, 31, PK Vikinesvaran, 20 serta seorang wanita, S Devi, 30 mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Nur Hafizah Rajuni.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tiga lelaki dan dua wanita itu didakwa membunuh S Ashok, 20, di sebuah rumah di Jalan Sungai Buaya, Sungai Choh, Rawang di sini, pada jam 8 pagi hingga 3.30 petang, 23 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nor Hakimi Mohammad Rosedin manakala semua tertuduh dalam kes ini tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan semua tertuduh diikat jamin.

Artikel Berkaitan:

Dua beradik antara yang dituduh di Mahkamah Majistret Selayang bagi kes bunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang.
Dua beradik antara yang dituduh di Mahkamah Majistret Selayang bagi kes bunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah di Sungai Choh, Rawang.

Di mahkamah sama, Ganong Segaran dan seorang lagi adik lelakinya, G Dandem Bain, 30, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan melupuskan keterangan iaitu menanam mayat Ashok di lokasi sama pada jam 3.30 petang hingga 8 malam, tarikh serupa.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Mohammad Nor Hakimi tidak menawarkan ikat jamin kepada kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ernie Ahmad yang mewakili Dandem Bain, merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin kerana perlu menyara keluarga termasuk tiga anaknya yang masih kecil.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah hanya membenarkan Dandem diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan tidak mengganggu saksi kes.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Mac depan.

Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kematian seorang pemuda dipercayai akibat perselisihan faham dengan ahli keluarga teman wanitanya.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa lelaki tempatan itu dipercayai dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi.

Susulan itu, polis telah menahan tiga beradik iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 29 hingga 33 tahun disyaki terlibat dalam kes terbabit.

Sehari kemudian, lima lagi individu diberkas untuk siasatan kes terbabit.