Bunuh saudara sendiri, tanam mayat belakang rumah

Lokasi kejadian kes pergaduhan yang membabitkan kematian di Sungai Choh, Rawang pada Sabtu.
Lokasi kejadian kes pergaduhan yang membabitkan kematian di Sungai Choh, Rawang pada Sabtu.
A
A
A

RAWANG - Pergaduhan dipercayai antara dua beradik berakhir selepas seorang daripada mereka maut dalam kejadian di Sungai Choh, di sini pada Sabtu.

Lebih menyayat hati, mayat mangsa kemudian ditanam untuk menyembunyikan kejadian terbabit.


Sepasukan polis termasuk K9 serta pasukan forensik hadir ke lokasi kejadian.
Sepasukan polis termasuk K9 serta pasukan forensik hadir ke lokasi kejadian.

Sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) serta pasukan forensik telah hadir ke lokasi selepas salah seorang ahli keluarga menghubungi memaklumkan kejadian.

Mayat mangsa kemudian dijumpai kira-kira jam 5 pagi, Ahad.

Difahamkan, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.


Mayat mangsa kemudian dijumpai kira-kira jam 5 pagi, Ahad.
Mayat mangsa kemudian dijumpai kira-kira jam 5 pagi, Ahad.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan satu kenyataan berhubung kes itu akan dikeluarkan pihaknya.

Artikel Berkaitan: